Kemunculan dalam siri Boggart

Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Profesor Lupin mengajar pelajarnya dalam Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, untuk hendak mendekati boggart hendaklah dilakukan dalam sekumpulan orang yang terdiri daripada dua atau tiga orang, kerana boggart akanmengalami kesukartan untuk memilih yang manasatu rupa untuk menakutkan orang tersebut kerana jika seorang mungkin takut, yang lain mungkin tidak kerana ketakutan seseorang itu mungkin berbeza. Pertahanan yang biasa digunakan untuk menentang boggart ialah dengan menggunakan mantera untuk membuatkan dia kelihatan kelakar, memandangkan boggart lemah apabila diketawakan. Ini dapat dilakukan dengan menumpukan tongkat sakti ke arah boggart dan menyebut "Riddikulus"; jampi ini mampu memusnahkan boggart yang sudah sedia lemah. Lupin kemudiannya menggunakan boggart untuk mengajar Harry menentang Dementor, memandangkan ia merupakan ketakutan Harry.

Dalam Harry Potter dalam Piala Api, seekor boggart merupakan antara makhluk yang diletakkan dalam pagar sesat ketika tugasa ketika Kejohanan Ahli Sihir Trio. Pada awalnya, Harry turut terkejut kerana mendapati Dementor (boggart yang menyerupainya) berada di dalam pagar sesat, tetapi Harry kemudian segera menyedarinya dan menghalaunya.

Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, seekor boggart tersorok di dalam laci di Nombor 12 Grimmauld Place. Apabila Puan Weasley cuba untuk membuangnya, Harry ternampak boggart menyerupai bentuk mayat ahli keluarga Weasley dan Harry sendiri. Puan Weasley, yang ketakutan jika ahli keluarganya terbunuh, tersembam menangisi apa yang dilihatnya dan tidak mampu menghalau boggart tersebut dan kemudiannya dibunuh oleh Profesor Lupin. Alastor Moody mampu mengesan boggart dengan mata ajaibnya ketika ia masih tersembunyi; ia mengesahkan yang ia adalah boggart, tetapi tidak mengatakan sama ada dia melihat ketakutannya atau bentuk sebenar boggart.